Daftar segera untuk turut serta bermula pada 9 Julai 2025 ini.
Kempen Infaq Buku
Bayt Al Furqan mempunyai niat yang sangat besar, yakni menyebarkan ilmu tajwid, ilmu membaca Al Quran, kepada para guru dan pelajar Al Quran, dengan menggunakan satu sistem yang padat tapi mudah, melalui kitab-kitab terbitan Bayt Al Furqan sendiri.
Rebutlah peluang menginfaq untuk pembelian kitab-kitab ilmu asas tajwid terbitan Bayt Al Furqan ini bagi memenuhi keperluan pondok tahfiz dan madrasah.
Bayt Al Furqan menerbitkan sendiri bahan pengajaran dan pembelajaran dalam bentuk kitab-kitab tajwid yang berkualiti bagi meningkatkan kefahaman dan penguasaan ilmu asas tajwid. Kitab-kitab ini diharapkan dapat dimanfaatkan dalam kurikulum pengajian di mana sahaja sebagai alat bantu dalam pengajaran Al Quran.