Pelan Pengajian yang berstruktur dan teratur dapat memberi panduan kepada para pelajar berkenaan halatuju program.
Bayt Al Furqan mengharapkan para pelajar dapat mencapai objektif pengajian mereka iaitu dapat membaca Al Quran dengan baik, lengkap dengan ilmu tajwid, secara berguru, dengan guru yang bertauliah, mengikut Sunnah Baginda Rasullah (saw).
Terbuka kepada orang awam, Muslimin dan Muslimat, untuk belajar Ilmu Asas Tajwid Peringkat 1 hingga 3, seterusnya ke Peringkat 4, iaitu Tajwid Amali, dan kemudian Talaqqi, Juz 1 sehingga khatam, sebanyak pusingan yang dirasakan perlu. Kemudian pelajar digalakkan untuk meneruskan pengajian membaca Al Quran mengikut riwayat-riwayat yang lain.
Merujuk kepada pelan pengajian yang teratur dan lengkap dengan bahan rujukan, isi kandungan kursus merujuk buku ditulis sendiri, dan mengandungi banyak latihan dan menggunakan teknik pengulangan.
Buku Al Itqan Fi Tilawatil Quran (RM35)
Menerangkan makhraj dan sifat-sifat huruf.
Menyediakan video penerangan melalui imbasan kod bar.
Buku Tajwid Amali (RM25)
Menerangkan hukum tajwid dan contoh ayat Al Quran.
Menerangkan hukum-hukum khas dalam ayat Al Al Quran.
Menyediakan video penerangan melalui imbasan kod bar.