Catatan ringkas aktiviti yang dijalankan di Bayt al Furqan.
Berita | 1 Mac 2025 | 30 Syaaban 1446H | Peluang Infaq Ramadhan 1446H
Alhamdulillah, Bayt Al Furqan mengalu-alukan orang awam dan organisasi untuk ambil bahagian dalam program Infaq Ramadhan pada tahun ini.
Pondok Moden Tahfiz Saadah Addaarain (Sumber: Facebook)
Pada Ramadhan kali ini, Bayt Al Furqan berhasrat untuk memenuhi keperluan Pondok Moden Tahfiz Saadah Addaarain di Telok Panglima Garang, Kuala Langat, yang memerlukan buku-buku Tajwid terbitan Bayt Al Furqan, iaitu sebanyak 200 naskah Kitab Al Itqan dan 200 naskah Buku Tajwid Amali, inshaaAllah.
Berita | 19 Oktober 2024 | Penyampaian buku-buku Program Infaq Buku diteruskan
Alhamdulillah, Program Infaq Buku Tajwid masih diteruskan. Pada pagi hari ini, 19 Oktober 2024, Bayt Al Furqan telah menyampaikan buku-buku tajwid ke Pusat Pengajian Al Mardziah di Kepala Batas, Pulau Pinang. Sebanyak 40 naskah kitab Al Itqan, 19 naskah buku Tajwid Amali, dan 5 set buku latihan telah disampaikan oleh Ustazah Ummu Amirah kepada pengasasnya, Ustaz Yusof.
Pusat Pengajian Al Mardziah
Sebahagian pelajar yang hadir
Ustaz Yusof sekeluarga mengajar Al Quran kepada anak-anak dan pelajar dewasa.
Jom sama-sama turut serta!
Berita | 5 Ogos 2024 | Penyampaian buku-buku Program Infaq Buku diteruskan
Alhamdulillah, Program Infaq Buku Tajwid masih berjalan. Pada petang hari ini, 5 Ogos 2024, pihak Bayt Al Furqan telah menyampaikan buku Al Itqan kepada para pelajar Maahad Tahfiz Darul Hikmah (MTDH) di Denai Alam, Selangor. Sebanyak 60 naskah buku Al Itqan telah disampaikan oleh Syeikh Nader Fahd Sheikh Abdullah kepada guru yang bertugas.
Maahad Tahfiz Dar Tarim, Subang Bestari
Maahad Tahfiz Darul Hikmah (MTDH) di Denai Alam
Pihak Bayt Al Furqan juga berkesempatan menyampaikan sebanyak 60 naskah buku Al Itqan kepada para pelajar Maahad Tahfiz Dar Tarim di Subang Bestari, Selangor. Alhamdulillah.
Jom sama-sama turut serta!
Berita | 2 April 2024 | Penyampaian buku-buku Program Infaq Ramadhan diteruskan
Alhamdulillah, Program Infaq Ramadhan masih berjalan. Baru-baru ini, pihak Bayt Al Furqan telah menyampaikan buku Itqan dan buku Tajwid Amali kepada lebih kurang 50 pelajar Maahad Tahfiz Al Quran di Nilai, Negeri Sembilan. 50 naskah buku Itqan dan 50 naskah buku Tajwid Amali telah disampaikan oleh Syeikh Nader Fahd Sheikh Abdullah kepada Ustaz Mohd Zawawi Hj. Aman, Pengetua dan Pengasas Maahad.
Pihak Bayt Al Furqan juga berkesempatan menyampaikan sebanyak 25 naskah buku Tajwid Amali dan buku-buku latihan kepada pelajar-pelajar sebuah madrasah yang lain. Alhamdulillah.
Jom sama-sama turut serta!
Berita | 27 Mac 2024 | 16 Ramadhan 1445
Hasil Infaq, SubhanAllah
Jazakumullahu khair kepada yang telah melaksanakan infaq bersama Bayt Al Furqan.
SubhanAllah. Beginilah hasil dan usaha kalian dengan izinNya giat ke arah kebaikan.
Alhamdulillah, pihak Bayt Al Furqan telah pun menyempurnakan hajat pemberi infaq dan telah menyampaikan buku Itqan dan buku Tajwid Amali dari program Infaq Ramadhan kepada lebih kurang 50 pelajar-pelajar Maahad Tahfiz di Rawang, Selangor yang berlangsung di Masjid Wilayah Persekutuan pada malam 16 Ramadhan baru-baru ini.
Buku-buku tersebut telah di sampaikan oleh Syeikh Nader Fahd Sheikh Abdullah sendiri.
InshaAllah pada malam 20 Ramadhan, buku-buku Itqan dan buku-buku Tajwid Amali akan juga disampaikan kepada pelajar-pelajar Maahad Tahfiz di Nilai, Negeri Sembilan.
Jom kita raih pahala berganda dengan menghadiahkan buku serta menaja kursus Tajwid kepada mereka yang memerlukan.
Semoga usaha kalian menjadi asbab mereka mudah faham dan amalkan ilmu tajwid dan diterima sebagai amal jariah yang dilipat gandakan pada bulan Ramadhan yang mulia ini.
Jom sama-sama turut serta!
Berita | 10 Mac 2024 | 29Syaaban 1445H
Peluang Infaq
Bayt Al Furqan telah menerbitkan buku-buku Tajwid, ditulis sendiri oleh Pengasas Bayt Al Furqan, Sheikh Nader Fahd Sheikh Abdullah, yang digunakan dalam Kursus Pemantapan Ilmu Asas Tajwid. Kursus ini diadakan 4-5 kali setahun secara online dan berjalan selama 30 hari setiap kursus.
Peluang terbuka kepada semua untuk pembelian infaq buku-buku tersebut atau menaja Kursus Pemantapan Ilmu Asas Tajwid khas untuk peserta-peserta yang memerlukan.
Jom ambil peluang berinfaq di bulan Ramadhan. Hubungi +6011 326 55095 untuk maklumat lanjut. Semoga Ramadhan ini menjadi Ramadhan terbaik untuk kita beramal.
Jangan lupa berkongsi dengan sahabat-sahabat dan ahli keluarga supaya InshaAllah sama-sama kita mendapat manfaat sepertimana sabda Nabi SAW yang bermaksud: "Barangsiapa mengajak (orang lain) ke arah kebaikan, maka baginya pahala seperti orang yang melakukannya."