Ditubuhkan di Mesir pada tahun 2011 oleh Sheikh Nader Fahd Sheikh Abdullah dengan nama Dar Al Furqan. Namun, pada tahun 2018, pusat pengajian ini telah berpindah ke Malaysia dan bertukar nama kepada Bayt Al Furqan secara rasminya.
Pengasasnya telah mewujudkan satu sistem manhaj Bayt Al Furqan yang berlandaskan kitab ilmu tajwid yang mudah lagi padat, yang ditulisnya sendiri.
Sheikh Nader Fahd Sheikh Abdullah berasal dari Damsyik, Syria, dan kini menetap di Malaysia.
Berpengalaman dalam bidang Al Quran, qiraat dan tajwid selama lebih 10 tahun, dan bercita-cita untuk menyampaikan ilmu ini dengan cara mudah faham dan lebih meluas supaya lebih ramai mendapat manfaat inshaAllah.
Telah tamat pengajian ijazah Kuliah 'Ulum Islamiyyah di Universiti Al Azhar. Pemegang sanad Al Quran dan Qiraat 'Asyrah Sughra (qiraat sepuluh).
Mempunyai beberapa sijil pengajian hadith secara riwayat dan kitab-kitab turath dari Ulama' Syria, Mesir, Mekah dan Yaman.
Menyusun manhaj Bayt Al Furqan iaitu Buku Al Itqan Fi Tilawatil Quran (Bab Makhraj & Sifat), Buku Latihan Pemantapan Hukum Tajwid (Juzuk 'Amma), dan lain-lain buku tajwid (dalam proses)
Giat dalam menghasilkan video-video tajwid dan rakaman bacaan Al Quran.
Kami komited untuk memberikan pengalaman pembelajaran yang mengutamakan adab, niat yang ikhlas dan kesungguhan dalam mempelajari kalam Allah.
Kami menitikberatkan kualiti dalam pengajaran dengan menyediakan pelan pengajian yang berstruktur dan teratur bagi memastikan kemajuan yang konsisten bagi setiap pelajar di Bayt Al Furqan.
Mewujudkan peluang belajar ilmu asas tajwid dan bacaan Al Quran kepada yang berminat secara bersistematik dengan misi yang lebih besar iaitu supaya ilmu ini boleh diajarkan kepada orang lain.
Bayt Al Furqan mengharapkan para pelajar dapat mencapai objektif pengajian mereka iaitu dapat membaca Al Quran dengan baik, lengkap dengan ilmu tajwid, secara berguru, dengan guru yang bertauliah, mengikut Sunnah Baginda Rasullah (saw).
Belajar ilmu asas tajwid dengan kaedah pengajaran di Bayt Al Furqan adalah supaya ilmu asas ini lebih mudah difahami dan boleh disampaikan kepada keluarga dan juga kepada komuniti setempat.
Melahirkan lebih ramai golongan masyarakat yang memahami ilmu asas tajwid berlandaskan kitab, boleh membaca Al Quran dengan baik, dan boleh mengajarkannya kepada orang lain.