Dasar Privasi
Dasar ini menetapkan cara Bayt Al Furqan menggunakan dan melindungi sebarang maklumat yang diberikan oleh pelayar laman web ini kepada Bayt Al Furqan.
Apabila Bayt Al Furqan meminta maklumat tertentu yang membolehkan para pelawat dikenal pasti semasa menggunakan laman web ini, ia hanya akan digunakan menurut pernyataan privasi ini.
Apa yang kami kumpul
Apabila anda berdaftar dengan Bayt Al Furqan, maklumat seperti nama, nombor telefon, dan alamat emel akan dikumpul untuk tujuan pendaftaran program / kursus yang ditawarkan.
Apa yang kami lakukan dengan maklumat yang dikumpul
Bayt Al Furqan memerlukan maklumat ini bagi memudahkan proses pengurusan program / kursus, selain memahami keperluan para peserta kelak supaya Bayt Al Furqan dapat memberikan perkhidmatan yang lebih baik.
Keselamatan
Bayt Al Furqan mengambil berat hal-hal berkaitan keselamatan maklumat para pelawat laman web ini. Untuk mengelakkan capaian atau pendedahan yang tidak dibenarkan, Bayt Al Furqan menggunakan perisian sedia ada daripada Google LLC dan telah diguna pakai oleh pelbagai organisasi serta selamat.
Mengawal data peribadi anda
Kami tidak akan menjual atau mengedar data peribadi anda kepada pihak ketiga melainkan kami mendapat kebenaran atau dikehendaki oleh undang-undang untuk berbuat demikian. Kami akan menggunakan data anda untuk mengedarkan maklumat-maklumat promosi dan memudahkan hal-hal pendaftaran dan pengurusan program / kursus.
Pautan ke laman web lain
Laman web ini tidak mengandungi pautan ke laman web lain.